Hujung minggu ini, tahun 2017 akan meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan yang tersendiri, dan kita akan melangkah masuk ke ...

kereta ikutan anak muda

kereta ikutan anak muda

kereta ikutan anak muda

8 10 99



Hujung minggu ini, tahun 2017 akan meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan yang tersendiri, dan kita akan melangkah masuk ke tahun baru. Bagi kami di paultan.org/bm, tahun ini tetap banyak perkara yang kami pelajari – dari industri dan tentunya anda, pembaca setia yang budiman – dan semua itu harapnya dapat mematangkan kita bersama dan membawa manfaat di masa hadapan.
Seperti juga tahun lalu, bila menjelang penghujung tahun, kami akan merenung semula ke belakang bagi tempoh setahun ini dan bertanya; apa model-model kenderaan yang banyak memberi kesan kepada setiap individu di dalam pasukan editorial ini.
Spektrum yang dibayangkan tentulah lebih luas. Tidak hanya kenderaan baru yang dilancarkan, ia boleh saja menjadi mana-mana kenderaan yang sempat kami alami sendiri pemanduannya, atau kereta lama yang baru kami berpeluang untuk mendekatinya, atau barisan motosikal-motosikal yang semakin bercambah dalam pasaran dan mungkin saja tentang tanggapan yang diperoleh daripada penawaran yang diberikan oleh sesebuah model di dalam pasaran.
Untuk itu, di dalam artikel khas ini, setiap seorang daripada kami membariskan lima pilihan kenderaan yang dirasakan banyak mencuri perhatian kami secara individu sepanjang tahun 2017 ini. Selamat menikmati.
IZWAASHURA SADALI
Tahun 2017 menyaksikan deretan model baharu kenderaan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia. Biar pun ada yang menyatakan pasaran automotif di Malaysia tidak sekencang negara jiran, terutamanya Thailand dan Indonesia, namun sekurang-kurangnya industri automotif tempatan tidak pernah malap, walau pun dilihat tidak sebegitu agresif seperti dua negara yang dimaksudkan.
Moga pada tahun 2018, industri automotif kian rancak dan pasaran kita yang (diungkap oleh segelintir antara kita) dianggap kurang memberangsangkan akan kembali meriah serta memberikan pelbagai lagi variasi kenderaan terbaik dengan harga yang relevan.

0 ulasan: